eNotes adalah nota ringkas tetapi padat yang disdiakan untuk semua mata pelajaran dalam program Score A. eNotes sangat sesuai untuk pelajar mengulangkaji sesuatu mata pelajaran sebelum membuat latihan. Ia disediakan secara topikal. Oleh itu, pelajar disaran meneliti eNotes sebelum menjawab soalan dalam eTopic. Dengan demikian, pelajar akan lebih bersedia untuk membuat latihan atau menjawab soalan yang disdiakan melalui eTopic, terutama dalam membuat pilihan jawapan yang tepat.
ePast Year Exam ePastYearExam membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama ialah UPSR , PMR dan SPM berlatih menggunakan kertas soalan tahun-tahun lepas sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Disini para pelajar boleh memilih soalan samada menurut “Tahun” ataupun secara”Rawak” dan haruslah melengkapkan latihan dalam masa yang diperuntukkan. Ciri yang ekslusif dan berharga ini membolehkan pelajar melakukan latihan tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan diri untuk bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan yang sebenar.
eTopic- Soalan-soalan berpandukan topik
eTopic adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar disekolah. Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar disekolah pada hari tersebut secara langsung dapat megetahui samada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari. Ibu bapa dapat membantu perkembangan akademik anak-anak. Maka dapat membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka supaya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.
Melalui eTopik, penandaan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan tersebut. Ini akan 'memaksa' pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan yang ke2 , ke3 , atau ke4 lalu menanamkan sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.
eTrial Exam™
Untuk memastikan bahawa anak anda betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul eTrial Exam™ direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR, PMR & SPM.
Modul ini akan membantu anak anda membiasakan diri dengan keadaan dimana mereka harus melengkapkan kerja mengikut masa yang diberi. eTrial Exam™ telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah. Pemarkahannya adalah serta merta.
Pendek kata, modul ini menjadikan para pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat keputusan yang cemerlang.
eAssessment™-Soalan-soalan Umum
eAssessment™ telah direkabentuk untuk membolehkan anak-anak membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan pembelajaran output secara terus menerus untuk menilai sejauh manakah pemahaman mereka didalam subjek yang diajar disekolah. Anak-anak anda boleh memilih mana-mana subjek pada bila-bila masa dan secara terus boleh menilai samada mereka faham atau tidak subjek yang diajar. Sebagai ibu bapa anda dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak anda supaya anda dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenar.
Objektif utama eAssessment™:- 1. Menyediakan pembelajaran output secara terus. 2. Meningkatkan keupayaan menghadapi peperiksaaan dengan membenarkan pelajar membuat latih tubi tanpa had. 3. Membantu menjawab soalan dengan betul setiap kali dalam percubaan yang pertama. 4. Menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan sebelum menjawab.
Apabila seorang pelajar membuat latihan melalui eAssessment™ , penandaan akan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar dari kesilapan. Setiap soalan membenarkan pelajar mencuba sebanyak 4 kali untuk mendapatkan jawapan yang betul. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan pelajar akan diberitahu secara terus yang mana ia akan memaksa pelajar untuk membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan ke-2 , ke-3 dan ke-4. Ini akan menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum memberi sebarang jawapan.
eReport Card™
eReport Card™ adalah SATU CIRI YANG PERLU ada bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak. Ia memaparkan kesemua sesi pembelajaran output anak anda, samada dari e-assesment mahupun e-Trial exam. Ciri ini membolehkan anda mengetahui secara terperinci akan kekuatan dan kelemahan terhadap subjek yang dipelajari oleh anak anda. Ia merekodkan dan memaparkan purata markah untuk setiap subjek yang dibuat pada bulan tersebut. Anda juga boleh membuat perbandingan dengan keputusan latihan yang dibuat pada bulan-bulan sebelumnya.
Lagipun, eReport Card™ merekodkan sebanyak 10 latihan terakhir dari eAssessment™ & eTrial Exam™ untuk membolehkan anda memantau dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksan yang sebenar.
Objektif utama:- 1. Membolehkan ibu bapa memantau & menilai tahap perkembangan akademik anak-anak. 2. Membantu anak-anak bila perlu terhadap perkembangan akademik mereka.
Mengesan dan menjejaki pelajaran anak anda tanpa melalui pihak ketiga. Secara langsung memberi galakan kepada anak-anak dengan adanya eReport Card™ ini. Nescaya cara penilai ini adalah sangat bernilai untuk mereka yang ingin mencapai kecermelangan A.
eProgress eProgress adalah carta perantauan yang membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic. Ciri ini adalah satu kaedah perantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibu bapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic anak-anak mereka.
Ibu bapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibu bapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.